X

Kindly register in order to view this article
!

Pemuda Amanah gesa siasat Felda, FGV segera

Faiz Fadzil
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Amanah menggesa segala salah laku, kontroversi serta kepincangan dalam Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan FGV Holdings Berhad (FGV) dapat disiasat dengan segera.

Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz Fadzil berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana individu terlibat selepas agensi itu kini berdepan pelbagai masalah berpunca daripada salah urus tadbir.

"Pemuda Amanah berasa hiba melihat Felda yang terdiri daripada majoriti peneroka Bumiputera telah diseleweng dan tidak ditadbir urus dengan baik di bawah kerajaan terdahulu.

"Kami cukup kecewa Felda yang merupakan ilham bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak merosot di tangan anaknya sendiri, Datuk Seri Najib Razak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 10 April lalu, kerajaan menyatakan komitmen menyuntik dana RM6.3 bilion bagi menyelamatkan serta menyelesaikan hutang Felda. Faiz berkata, dana itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat khususnya kawasan pedalaman serta Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, mengulas tentang model baharu Felda, Faiz berkata, Pemuda Amanah yakin kerajaan dapat memulihkan kedudukan kewangan serta menjadikan Felda kompetitif selaras dengan syarikat-syarikat perladangan swasta yang lain.

"Felda harus mengukuhkan inovasi dan teknologinya di sepanjang rantaian nilainya pada masa akan datang menerusi pelaburan dalam konsep pertanian pintar dan Industri 4.0.

"Semua ini mampu dilaksanakan sekiranya pentadbiran baru Felda telus dan ditadbir urus dengan baik serta corak pengurusan lama dirombak secara drastik," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!