Pulau Batu Puteh: Peguam Negara diarah adakan rundingan

Peguam Negara diarahkan untuk segera mengadakan rundingan dengan Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Puteh.
Peguam Negara diarahkan untuk segera mengadakan rundingan dengan Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Puteh.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun diarahkan untuk segera mengadakan rundingan dengan Singapura berhubung tuntutan Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet pada Rabu.

"Mesyuarat kabinet hari ini meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit terhadap Pulau Batu Puteh yang kini sudah diserahkan kepada Singapura itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini," katanya menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di sini, pada Rabu.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Pulau Batu Puteh manakala Batuan Tengah yang terletak tidak sampai satu kilometer dari pulau itu milik Malaysia selain memutuskan hak milik Tubir Selatan, kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan pada 30 Jun tahun sama, memohon supaya mahkamah mentafsirkan penghakimannya berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Pulau Batu Puteh juga dikenali sebagai Pedra Branca oleh Singapura merupakan pulau kecil berkeluasan 8,560 meter persegi.

Pulau Batu Puteh hari ini mempunyai rumah api, helipad, loji penyahgaraman dan lebih penting lagi stesen penyiaran semula tentera.

Artikel Berkaitan: