Neymar terus beraksi untuk Brazil - Ronaldo

Neymar
Neymar
A
A
A

LEGENDA Brazil, Ronaldo percaya Neymar akan dapat bangkit daripada kekecewaan selepas tersingkirnya pasukan Selecao itu daripada Piala Dunia Qatar 2022.

Menurutnya, Neymar masih muda dan seharusnya kekal menjadi tonggak penting untuk Brazil beberapa tahun lagi.

"Saya fikir buat masa ini dia sedang sedih selepas tersingkir. Ia normal untuk dia rasa begitu tetapi dia akan kembali lebih kuat dan bermain dengan pasukan kebangsaan.

"Dia masih muda dan saya percaya di boleh beraksi dalam Piala Dunia seterusnya. Saya gembira apabila dia menunjukkan komitmen untuk pasukan," katanya.

Brazil tersingkir daripada Piala Dunia kali ini selepas tewas penentuan penalti kepada Croatia sekali gus terlepas peluang untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Buat masa ini, Neymar masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya selepas dilihat terlalu kecewa dan menangis susulan kekalahan di tangan Croatia itu.

Dalam pada itu, Ronaldo menyifatkan kekalahan Brazil kepada Coratia disebabkan kekurangan permainan agresif dipamerkan pasukan itu.

"Kami hanya kekurangan beberapa perkara termasuk mengetahui cara membuang masa apabila mendahului. Selepas jaringan Neymar, perlawanan sepatutnya sudah tamat.

Artikel Berkaitan:

"Anda perlu tahu cara mengawal bola dengan baik dan mengejar lawan, jauhkan mereka dari gawang. Anda perlukan helah kecil ini dan saya rasa itu satu-satunya perkara yang kurang ketika menentang Croatia," katanya.