Tempoh bertenang Southgate

Southgate (kiri) memerlukan masa untuk memikirkan masa depannya selepas England tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar. - Foto EPA
Southgate (kiri) memerlukan masa untuk memikirkan masa depannya selepas England tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar. - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI England, Gareth Southgate memerlukan masa sebagai tempoh bertenang selepas The Three Lions tersingkir daripada saingan Piala Dunia Qatar 2022 setelah tewas kepada juara bertahan, Perancis pada Ahad.

Southgate berkata, beliau perlu memikirkan banyak perkara.

“Selepas berakhir kejohanan ini saya perlukan masa untuk membuat keputusan tepat kerana secara emosinya anda mengalami terlalu banyak perasaan bercampur baur.

“Tenaga yang diperlukan untuk mengharungi kejohanan ini bukan sedikit, jadi saya mahu membuat keputusan tepat buat pasukan dan England,” katanya.

Perancis menang 2-1 di Stadium Al Bayt, dengan kapten England, Harry Kane terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan setelah sepakan penaltinya 'menuju bulan' pada lewat permainan, biarpun sebelum itu dia meledak menerusi sepakan sama pada babak pertama.

England mara ke separuh akhir Piala Dunia pada 2018 dan final Kejohanan Eropah tahun lalu, namun penantian lama mereka bagi merebut kejuaraan utama berlarutan lebih 56 tahun.

“Saya juga perlu memastikan apa saja keputusan yang diambil adalah tepat dan saya fikir wajar untuk mengambil masa sedikit kerana saya tahu pada masa lalu perasaan saya tidak menentu sebaik selepas kejohanan berakhir,” ujar Southgate.

Kontrak Southgate yang berbaki hingga Disember 2024 turut bangga dengan cara pasukannya beraksi di Qatar dan terlalu awal untuk merancang masa depan.

Artikel Berkaitan:

Anda memerlukan banyak tenaga untuk memulakan sekali lagi dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Ada pusingan kelayakan (Euro 2024) bermula Mac depan dan terlalu banyak perkara yang saya perlu fikirkan.

“Saya mahu fokus sepenuhnya terhadap kejohanan ini dan mendepaninya dengan cara kami. Saya fikir kami sudah membuktikan kehebatan kepada dunia, tetapi akhirnya hanya satu pasukan yang menang,” katanya.

Southgate berkata, terlalu banyak perkara mengujakan apabila melihat profil pasukan muda itu apabila mereka mempamerkan aksi terbaik menentang pasukan utama termasuk Perancis.

“Pemain tahu mereka sudah memberikan cabaran paling sengit kepada negara sepanjang perlawanan. Kami menguasai bola, lebih banyak percubaan tepat ke arah gol.

“Saya amat bangga dengan persembahan mereka bukan setakat malam ini (Ahad) tetapi sepanjang kejohanan. Ada beberapa pemain muda yang mula menonjolkan diri mereka di pentas dunia,” tambahnya.