MOTAC ucap tahniah atas pelantikan Khairul Firdaus

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kepada Khairul Firdaus di Istana Negara pada Sabtu. - Foto Bernama
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya kepada Khairul Firdaus di Istana Negara pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai Timbalan Menteri baharu bagi kementerian itu.

MOTAC menerusi kenyataan pada Sabtu memberitahu, pihaknya yakin pemilihan dan pelantikan Khairul Firdaus akan memperkukuh serta melengkapkan barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementerian yang diterajui oleh Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing.

“MOTAC merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Khairul Firdaus atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri MOTAC baharu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

“Seluruh warga MOTAC merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada Khairul Firdaus atas pelantikan ini.

“MOTAC akan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan kelangsungan industri ini dapat terus diperkasakan,” katanya.

Anwar pada Jumaat mengumumkan senarai 27 timbalan menteri yang akan membantunya dalam kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pelantikan itu merangkumi wakil daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan).

Artikel Berkaitan: