King Sing mampu perkasa sektor pelancongan negara: MOTAC

King Sing - Foto Bernama
King Sing - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yakin dengan pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan baharu dapat merealisasikan segala perancangan yang telah digariskan dalam memperkasakan keseluruhan rantaian sektor itu untuk tahun-tahun hadapan.

MOTAC dalam satu kenyataan memberitahu, Ahli Parlimen Bintulu itu sebelum ini pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada tahun 2020.

Bersandarkan pengalaman itu, King Sing diharap dapat membantu dalam merancakkan usaha ke arah memperkasakan kembali industri pelancongan negara pasca pandemik Covid-19.

"Pihak kami yakin pemilihan dan pelantikan King Sing akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementerian.

"Bersandarkan sokongan para pemegang taruh serta pemain industri, pihak kementerian akan terus komited bagi membangunkan sektor ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan," katanya pada Sabtu.

MOTAC dalam masa sama turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada King Sing atas pelantikan tersebut.

Artikel Berkaitan: