Jom derma darah di Econsave Kluang esok

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KLUANG - Persatuan Kasih Prihatin Malaysia Negeri Johor (Pekasih Johor) dengan kerjasama Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) akan mengadakan program Jom Derma Darah di Pasar Raya Econsave Kluang di sini pada Ahad.

Pengerusi Pekasih Johor, Jaafar Matek berkata, program bulanan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

"Sasaran pihak Pekasih Johor pada kali ini ialah 50 penderma darah. Tujuan kita mengadakan program ini bagi membantu tabung darah HEBHK.

"Ini juga bagi memberikan kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Jaafar
Jaafar

Beliau berkata, selain itu program berkenaan untuk merapatkan hubungan antara pihak terlibat dengan masyarakat di samping meningkatkan kesedaran taraf kesihatan negara serta memberi pengetahuan yang lebih jelas kepada masyarakat tentang kebaikan menderma darah.

Katanya, ia juga bagi memupuk sifat penyayang dan sedia menolong dalam kalangan masyarakat secara amnya dan mempertingkatkan interaksi serta memupuk persahabatan tanpa mengira bangsa dan agama.

Jaafar berharap, program berkenaan akan mendapat sambutan menggalakkan sekali gus mencapai objektifnya.

Artikel Berkaitan: