Kilang Ajinomoto mesra alam di Bandar Enstek

Tuanku Muhriz (dua dari kanan) berkenan melawat Visitor Gallery di kilang itu. Kilang mesra alam baharu di tapak seluas 18.6 hektar di Bandar Enstek Halal Hub di sini (gambar kanan).
Tuanku Muhriz (dua dari kanan) berkenan melawat Visitor Gallery di kilang itu. Kilang mesra alam baharu di tapak seluas 18.6 hektar di Bandar Enstek Halal Hub di sini (gambar kanan).
A
A
A

AJINOMOTO (M) Berhad (AMB) secara rasmi membuka kilang mesra alam baharu di tapak seluas 18.6 hektar di Bandar Enstek Halal Hub di sini pada Sabtu sempena sambutan ulang tahun syarikat itu ke-60 di Malaysia.

Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Tomoharu Abe berkata, kilang syarikat itu yang berpindah dari Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur ke lokasi baharu di Bandar Enstek merupakan kilang pintar dan bangunan hijau diperakui.

"Teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pengdigitalan telah diperbadankan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

"Kilang ini telah direka untuk menyediakan suasana yang kondusif dan mesra kerja bagi kakitangan serta dilengkapi dengan fasiliti rekreasi. Selain itu, ia juga mengalakkan penglibatan pelanggan dan kelestarian alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan merasmikan pembukaan majlis berkenaan pada Sabtu.

Tuanku Muhriz (empat dari kiri) berkenan merasmikan pembukaan majlis berkenaan pada Sabtu.
Tuanku Muhriz (empat dari kiri) berkenan merasmikan pembukaan majlis berkenaan pada Sabtu.

Hadir sama Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Negeri Sembilan, Datuk Ismail Ahmad; Duta Jepun di Malaysia, H.E Katsuhiko Takahashi; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto Co Inc,Taro Fujie dan Pengerusi AMB, Tan Sri,Teo Chiang Liang.

Jelas Tomoharu Abe, kilang baharu itu kini merangkumi 60 peratus daripada 18.6 hektar tanah dan mempunyai ruang yang cukup untuk pembangunan masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga mempunyai kelengkapan untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dan pelanggan seperti lawatan kilang, kelas memasak serta bengkel berasaskan penyelesaian bagi pelanggan industri," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikatnya berjaya mengurangkan pelepasan karbon dioksida dengan menukarkan sumber haba dari minyak bahan api kepada gas asli serta menggunakan tenaga boleh diperbaharui melalui panel solar yang dipasang.

"Inisiatif ini menyokong strategi kelestarian sedunia Kumpulan Ajinomoto untuk mempromosikan kesihatan dan kehidupan lebih baik serta mengurangkan kesan pada alam sekitar," katanya.

AMB secara rasmi membuka kilang mesra alam baharu di tapak seluas 18.6 hektar di Bandar Enstek Halal Hub di sini.
AMB secara rasmi membuka kilang mesra alam baharu di tapak seluas 18.6 hektar di Bandar Enstek Halal Hub di sini.

Sementara itu, Chiang Liang berkata, dalam keadaan dunia yang berdepan dengan wabak Covid-19, syarikat itu masih bertuah apabila berjaya meraikan dua peristiwa penting pada tahun ini iaitu pembukaan kilang baharunya di negara ini dan sambutan ulang tahun syarikat ke-60 tahun.

"Melangkah ke hadapan, kita akan berusaha menjadi syarikat makanan halal sedunia bersentrik pelanggan dalam menangani isu pemakanan dan kesihatan masyarakat melalui kepakaran serta penyelesaian inovatif kami," katanya.