Al-Ikhsan tawar 10,000 barangan sukan bermula harga RM29

Antara barangan yang ditawarkan dalam kempen Making Travelling Sportier since 1993 yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan.
Antara barangan yang ditawarkan dalam kempen Making Travelling Sportier since 1993 yang dianjurkan oleh Al-Ikhsan.
A
A
A

PERUNCIT barangan sukan nombor satu di Malaysia, Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) menawarkan lebih daripada 10,000 barangan sukan bermula pada harga RM29 menerusi kempen Making Travelling Sportier since 1993.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Vach Pillutla berkata, kempen itu memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini.

“Al-Ikhsan mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya sporty dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.

“Tawaran tersebut belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, antara barangan Al-Ikhsan dalam kempen itu adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.

“Barangan keluaran Al-Ikhsan sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik.

“Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan di Semenanjung Malaysia, juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com,” katanya.

Beliau berkata, menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air.

Artikel Berkaitan:

“Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen Making Travelling Sportier since 1993 ini adalah Bundle Deals, 12-12 Special, Clearance Sales dan promosi New Year New You!.

“Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri,” ujar beliau.

Vach Pillutla berkata, sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan berazam untuk menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.

“Barangan di Al-Ikhsan bukan sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian mereka,” katanya.