Lebih banyak penjimatan dalam Pek Sports atau Movies dengan 50Mbps Astro Fibre

A
A
A

Nikmati penjimatan sebanyak RM696 apabila mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej.
Nikmati penjimatan sebanyak RM696 apabila mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej.

KUALA LUMPUR - Untuk pengalaman hiburan dan nilai jalur lebar yang terbaik, Astro Fibre berserta pek Astro TV adalah penyelesaian yang tepat.

Para pelanggan Astro baharu kini boleh menikmati penjimatan sebanyak RM696 dalam tempoh 24 bulan apabila mereka mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej bermula pada RM164.99/sebulan.

“Peminat sukan yang ingin mengikuti kalendar sukan menarik 2023 boleh memilih Pek Sukan dan menyaksikan semua perlawanan bola sepak Liga Malaysia dan Liga Perdana yang dinanti-nantikan, mengalami semua perlumbaan MotoGP apabila para pelumba bertarung untuk setiap kedudukan, menonton kejohanan tenis dari seluruh dunia menerusi ATP Tours, menonton pertarungan-pertarungan sengit di antara pejuang UFC kegemaran mereka, mengikuti semua aksi Formula 1 dan banyak lagi,” kata Astro dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, penggemar filem juga boleh memanfaatkan tawaran ini dengan memilih Pek Movies untuk menstrim pelbagai rancangan seperti Love & Death (27 April) di HBO GO yang menceritakan kisah sebenar seorang suri rumah di Texas pada tahun 1980-an yang dituduh membunuh serta musim ketigaK-drama perubatan popular Dr. Romantic 3 (21 April) di Disney Hotstar.

Nikmati penjimatan sebanyak RM696 apabila mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej.
Nikmati penjimatan sebanyak RM696 apabila mendaftar untuk pelan Astro Fibre 50 Mbps serta Pek Sukan atau Movies dalam satu pakej.

“Rancangan tempatan yang menarik termasuk adaptasi daripada siri thriller British yang dicalonkan oleh BAFTA, Liar dan rancangan permainan popular, Family Feud Malaysia.

“Sebagai sebahagian daripada tawaran ini, para pelanggan juga boleh menaik taraf kepada Pek Movies Plus atau Sports Plus untuk menstrim rancangan terbesar seperti rom-com A Tourist’s Guide to Love (21 April), filem aksi jenayah Kill Boksoon dan Murder Mystery 2 lakonan Adam Sandler dan Jennifer Aniston dengan menggunakan Astro Fibre 50 Mbps – semuanya di Netflix!” jelas kenyataan itu.

Bukan itu sahaja, para pelanggan yang melanggan salah satu daripada pakej ini juga akan menerima akses percuma kepada Viu Premium sehingga 8 Jun 2023 untuk menonton semua rancangan Asia terbesar termasuk Bidadari Bermata Bening, Royal Doctor dan Duty After School melalui Astro Box dan aplikasi Viu serta menggunakan aplikasi Astro Fibre percuma untuk mengurus Guest WiFi mereka dengan selamat, memantau prestasi WiFi dalam masa nyata dan mengawal setiap pengguna internet dalam rumah mereka untuk pengalaman yang paling Kencang!

Untuk maklumat lanjut tentang Bundle ini, sila layari product.astro.com.my/tv.

Berikut ialah maklumat penuh promosi ini:

No Image Caption