Mangsa banjir Kelantan meningkat

Mangsa banjir, Nazri Omar, 46, (kiri) menyelamatkan itik peliharaan daripada ditenggelami banjir.
Mangsa banjir, Nazri Omar, 46, (kiri) menyelamatkan itik peliharaan daripada ditenggelami banjir.
A
A
A

KOTA BHARU - Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 51 orang dan terbaharu membabitkan mangsa di daerah Rantau Panjang setakat tengah hari Sabtu.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikemas kini sehingga jam 11.57 pagi, jumlah itu melibatkan pertambahan 37 mangsa daripada 10 keluarga berbanding hanya 14 mangsa daripada tiga keluarga di Kota Bharu pada Jumaat.

Mangsa terbaharu itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh manakala di Kota Bharu kekal di SK Melor.

Mohd Zul Khairi (tengah) melawat ke Kampung Hutan Buloh, Melor pada Sabtu.
Mohd Zul Khairi (tengah) melawat ke Kampung Hutan Buloh, Melor pada Sabtu.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Zul Khairi Shamsuddin berkata, proses pemindahan mangsa banjir di Kampung Hutan Buloh, Melor dilakukan pada tengah hari Jumaat apabila air naik mengenangi kawasan tiga rumah sehingga ke paras semeter.

“Seramai 20 anggota terlibat memindahkan mangsa banjir.

“Walaupun air di kawasan surut, APM peka dengan keadaan dari semasa ke semasa kerana ramalan hujan akan berterusan sehingga esok,” katanya ketika ditemui melawat Kampung Hutan Buloh, Melor di sini pada Sabtu.

Jumlah mangsa direkodkan di kedua-dua PPS terbabit termasuk enam warga emas dan seorang bayi perempuan berusia setahun tiga bulan.

Artikel Berkaitan: