BN nafi dakwaan kaji semula kerjasama dengan PH

Kenyataan media yang didakwa palsu.
Kenyataan media yang didakwa palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan akan mengkaji semula kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan campuran, susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kenyataan media yang mula tersebar di media sosial itu adalah palsu.

"Kepalsuan di merata alam. Ini kenyataan fitnah dan bohong," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Berdasarkan kenyataan media palsu yang tersebar, kerjasama politik antara kedua-dua parti termasuk di Perak dan Pahang akan dikaji semula kerana keputusan dua kerusi itu jelas membuktikan orang Melayu tidak dapat menerimanya.

Ia didakwa hasil daripada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Khamis yang memandang serius keputusan pilihan raya itu.

Perikatan Nasional (PN) menang besar di Parlimen Padang Serai dengan majoriti 16,260 undi, mengalahkan calon PH manakala bagi kerusi DUN Tioman pula, BN menang tipis dengan majoriti 573 undi.

Kenyataan itu juga menyatakan, keputusan di dua kerusi itu menyaksikan UMNO yang selama ini dianggap sebagai pelindung dan pembela orang Melayu semakin hilang sokongan daripada orang Melayu sendiri.

Keadaan itu jika berterusan boleh mengakibatkan UMNO terus dipinggirkan dan ini sangat membahayakan masa depan dan kelangsungan hidup parti.

Artikel Berkaitan: