TFC nafi Azam 'angkat kaki'

Azam (tengah) telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama TFC.
Azam (tengah) telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama TFC.
A
A
A

TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menafikan khabar angin bahawa tonggak pertahanan Terengganu FC (TFC), Azam Azmi Murad akan berhijrah ke pasukan lain musim depan.

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif TFCSB, Ab Rasid Jusoh berkata, Azam yang juga pemain kebangsaan telah menyatakan komitmen untuk kekal bersama skuad Penyu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan peluang beraksi di Piala Konfederasi Asia (AFC) tahun depan.

"Azam telah menandatangani kontrak jangka panjang bersama TFC untuk memantapkan kariernya di kelab yang dianggap antara terbaik di Malaysia.

"Jadi tidak ada keperluan untuk Azam berhijrah walaupun memang betul beliau ada menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Super yang sungguh-sungguh berminat bagi mendapatkan khidmatnya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ab Rasid berkata, Azam kini sedang giat menjalani latihan bersama skuad negara di bawah bimbingan ketua jurulatih Kim Pan Gon bagi menghadapi saingan Piala AFF tidak lama lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: