Musala SMK Mulong hangus

Musala SMK Mulong hangus 90 peratus dalam kebakaran pagi Khamis. - Foto ihsan Bomba
Musala SMK Mulong hangus 90 peratus dalam kebakaran pagi Khamis. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah musala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini hangus dalam kejadian kebakaran pada jam 10.41 pagi Khamis.

Bangunan separa kekal seluas kira-kira 37.2 meter persegi itu hangus 90 peratus dan tetapi tidak melibatkan sebarang kecederaan.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Zawawi Yusoff berkata, pasukan bomba seramai 24 anggota termasuk pegawai, dua jentera FRT serta EMRS bergegas ke lokasi pada jam 10.42 pagi sebaik menerima pangilan daripada orang awam.

"Kami tiba 11 minit kemudian dan api berjaya dikawal pada setengah jam selepas itu," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, kerja-kerja pemadaman dilakukan dengan segera bagi mengelakkan kebakaran merebak ke bangunan Sekolah Rendah Mulong yang berhampiran.

Zawawi memberitahu, kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 11.36 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira tujuh minit kemudian.

Artikel Berkaitan: