Rusli Jaafar dilantik Pengerusi Eksekutif SKM

Rusli Jaafar
Rusli Jaafar
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengumumkan pelantikan Rusli Jaafar, 59, sebagai Pengerusi Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2022.

SKM dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Perkara 11(3)(a) Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 (Akta 665).

Menurut kenyataan tersebut, beliau yang berasal dari Kuala Selangor itu pernah berkhidmat dengan SKM selama 30 tahun sejak di Jabatan Pembangunan Koperasi (kini SKM) lagi.

"Rusli merupakan lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pernah memegang jawatan sebagai Pengarah SKM Negeri Selangor pada tahun tahun 2017 hingga 2019.

"Beliau juga merupakan mantan pengarah di beberapa bahagian di ibu pejabat," katanya pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, Rusli turut berpengalaman sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta pernah bekerja di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini.

Artikel Berkaitan: