Simulasi latihan kecemasan

A
A
A

Sebahagian mangsa pesawat terhempas bergelimpangan pada simulasi latihan kecemasan Full Scale Exercise (FSX) Ex-Marlin 2022 di kawasan Lapangan Terbang Labuan hari ini.

Latihan kecemasan FSX Ex-Marlin 2022 ini memaparkan situasi kebakaran sebuah pesawat penumpang yang terhempas dan penyelamatan mangsa di sekitar kawasan kejadian.

Latihan menyeluruh itu bertujuan bagi menguji kesiapsiagaan anggota keselamatan di Lapangan Terbang Labuan dalam menangani suatu kejadian kecemasan disamping memberi pendedahan dan meningkatkan koordinasi bersama agensi berkaitan.

Program latihan FSX Ex-Marlin 2022 itu dianjurkan oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan membabitkan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, PDRM Labuan, Jabatan Kesihatan Labuan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) Lapangan Terbang Labuan.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Berswafoto dan beramah mesra

No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon