[VIDEO] Peminat kecam pegawai Brazil lempar kucing

Pegawai media skuad Brazil melempar kucing ke lantai ketika sidang akhbar Vinicius menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Croatia pada Jumaat. - Foto Agensi
Pegawai media skuad Brazil melempar kucing ke lantai ketika sidang akhbar Vinicius menjelang aksi suku akhir Piala Dunia 2022 menentang Croatia pada Jumaat. - Foto Agensi
A
A
A

PETUGAS media di Piala Dunia Qatar 2022 dikejutkan dengan tindakan 'zalim' seorang pegawai Brazil yang melempar seekor kucing ke lantai.

Insiden itu berlaku ketika lelaki terbabit duduk bersebelahan Vinicius Jr dalam sidang media skuad Selecao pada Khamis menjelang pertembungan suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 dengan Croatia pada Jumaat.

Ketika kejadian, Vinicius, 22, menjawab soalan wartawan semasa kucing malang itu melompat ke meja mereka.

Pegawai berkenaan kemudian memegang haiwan itu dan melempar ke lantai sekali gus mengejutkan wartawan dan Vinicius, tetapi lelaki itu menunjukkan reaksi selamba sambil mengangkat bahu dan terus meminta soalan lain.

Bintang Brazil itu cuma ketawa, namun berbeza dengan pegawai medianya yang tampak tidak senang dan berang dengan kehadiran kucing tersebut.

Tindakan biadab pegawai terbabit menimbulkan rasa kurang senang dan terkejut dalam kalangan warganet di media sosial.

Peminat Vinicius di media sosial turut bengang dan mempersoalkan tindakan pegawai tersebut.

“Mengapa dia melemparkannya?” ciap seorang peminat di Twitter.

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi berkata: “Dia tak perlu melemparkannya seperti itu.”

Peminat lain pula berpendapat: “Kenapa dia memegang kucing seperti itu. Saya harap Brazil tak menang Piala Dunia.”