vivo ajak bantu kanak-kanak dengan semangat Piala Dunia FIFA Qatar 2022

A
A
A

No Image Caption

Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 sememangnya satu acara terbesar tahun ini dan amat dinanti-nantikan oleh para peminat di seluruh dunia.

Sebagai penaja tunggal dalam industri telefon bimbit untuk kejohanan utama dunia ini, vivo telah berkolaborasi bersama badan kebajikan tempatan - World Vision Malaysia untuk melancarkan cabaran Give It a Shot bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan.

No Image Caption

Bagi menjayakan kempen cabaran ini, duta vivo Malaysia - Hael Hussaini, Danny Khoo dan Okokmou (Madelaine Ang) juga dijemput untuk menyertai cabaran ini dalam usaha memberikan masa depan lebih cerah kepada golongan kanak-kanak di Malaysia.

Vivo sentiasa percaya setiap impian itu memerlukan perhatian, jadi atas prinsip kemanusiaan, vivo menjadikan cabaran ini untuk menyemarakkan lagi impian bola sepak dalam hati generasi muda.

No Image Caption



Siapa tahu kan? Mungkin suatu hari nanti kita akan menyaksikan anak-anak Malaysia bertarung di Piala Dunia FIFA! Bukan sesuatu yang mustahil.

Cabaran ini juga untuk menggalakkan rakyat Malaysia mempamerkan skil bola sepak yang mereka miliki dan dikongsikan bersama sebagai inspirasi kepada orang lain.

Artikel Berkaitan:

Macam mana nak sahut cabaran Give It a Shot ni ya?

No Image Caption

Anda boleh memuatnaik video mereka beraksi menyepak bola dengan gaya kreatif tersendiri dan setiap video yang dimuatnaik, sebanyak RM1 akan disumbangkan kepada dimanfaatkan oleh World Vision Malaysia.

Ikuti 3 langkah muda ini:

Langkah 1: Rakam video anda menyepak bola

Langkah 2: Muatnaik video berkenaan ke mana-mana platform media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok) dengan menggunakan tanda pagar #vivogiveitashotchallenge dan #vivoMYxFIFA. Pastikan akaun media sosial anda disetkan untuk umum.

Langkah 3: Tag dua rakan anda dalam caption supaya menyertai cabaran ini demi kebaikan bersama.

No Image Caption