Tiada ruang buat Ronaldo di PSG

Ronaldo
Ronaldo
A
A
A

PRESIDEN Paris Saint Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi menegaskan juara Ligue 1 Perancis itu tidak berhasrat mendapatkan khidmat bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Sebaliknya Nasser berkata, Les Parisiens itu sudah memiliki skuad yang serba lengkap dalam menggalas cabaran kejuaraan domestik dan Eropah.

"Tiga pemain yang kami ada (Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe), ia akan menjadi sangat sukar untuk memikirkan Ronaldo, tetapi saya mendoakan yang terbaik untuknya.

"Dia masih memiliki aura fantastik dan masih merupakan pemain yang hebat."

PSG merupakan kelab terbaharu menyatakan tidak berhasrat mendapat khidmat bintang sensasi Portugal itu selepas pemergiannya dari Manchester United.

Ronaldo, yang kini menjadi ejen bebas sebelum ini juga dikaitkan dengan gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich sebagai destinasi terbaharu bekas penyerang Sporting Lisbon, Real Madrid dan Juventus tersebut.

Namun Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Oliver Kahn tampil menafikan kelab tersebut berminat mendapatkan khidmat Ronaldo pada akhir November lalu.

Ronaldo juga menafikan laporan yang mengaitkannya dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Artikel Berkaitan: