Klenco Malaysia lancarkan dua produk menarik dan inovatif

Gausium Phantas; robot pembersihan 4-dalam-1 baharu dan SIMPPLE, platform Perisian Pengurusan Fasiliti termaju yang dikuasakan oleh AI.

A
A
A

No Image Caption

Klenco, sebuah syarikat yang berpengalaman lebih 50 tahun dalam industri bekalan peralatan pembersihan, mula menyediakan penyelesaian robotik pada tahun 2010 dengan jenama seperti NLB dari Amerika Syarikat, KOKS dari Belanda dan Mulag dari Jerman.

Klenco bekerjasama dengan sebuah syarikat teknologi dari Jepun pada 2015 untuk melancarkan robot Pembersihan Lantai berskala besar yang pertama. Softbank adalah syarikat generasi kedua untuk robot pembersih lantai pada 2019.

Sebagai pengedar utama di Singapura dan pengimport utama di Malaysia untuk Gausium sejak 2021, syarikat ini telah memasarkan lebih daripada 160 robot di pasaran.

Hari ini, Klenco Malaysia berbangga untuk memperkenalkan bukan hanya satu, tetapi dua produk yang menarik dan inovatif.

Phantas adalah robot pembersihan 4-dalam-1 baharu dan SIMPPLE adalah platform Perisian Pengurusan Fasiliti termaju yang dikuasakan oleh AI.

Semuanya ada dalam Phantas

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Phantas ialah pembersih lantai robotik inovatif terbaru dari Gausium. Ia adalah produk ‘semua-dalam-satu’ revolusioner yang telah direka khusus untuk kemudahan komersial bersaiz kecil dan sederhana dengan saiz yang kompak yang pertama di pasaran.

Dengan Phantas, Gausium telah mencipta robot pembersihan pintar tahap baharu sepenuhnya yang memiliki empat mod pembersihan, kebolehlaluan unggul, pemetaan autonomi sepenuhnya, persepsi 3D berasaskan kajian terperinci serta peningkatan kecekapan 400 peratus oleh pembersihan khusus setempat.

Ekosistem SIMPPLE

No Image Caption



SIMPPLE ialah sistem pengurusan fasiliti yang menyelaraskan operasi harian dimana ia boleh mengelakkan terjadinya masalah komunikasi atau masalah pengagihan kerja. dan boleh meningkatkan produktiviti, kecekapan dan kebolehpercayaan.

Ia adalah sistem pengurusan fasiliti tanpa sentuh yang menguruskan kemudahan anda melalui teknologi terkini. Ia membolehkan pengurusan fasiliti, penyelia dan pekerja melaksanakan tugas dengan lebih cekap untuk menguruskan fasiliti melalui data analisis serta meningkatkan keseluruhan produktiviti pengurusan tenaga kerja.

No Image Caption

Rangkaian penuh teknologi bersepadu SIMPPLE ini menjana penjimatan kos yang besar berbanding model tradisional. Sistem perisian dan teknologi terkini meningkatkan prestasi serta produktiviti dengan lebih ketara. Ia juga merupakan perisian pertama di dunia untuk menguruskan rangkaian produk ECOBOT Gausium.