Pelantikan timbalan menteri dalam perbincangan: Kor Ming

Kor Ming pada sidang akhbarnya bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, pada Selasa.
Kor Ming pada sidang akhbarnya bersama pengurusan tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yakin perbincangan aktif mengenai pelantikan timbalan menteri sedang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, berita baik berhubung perkara tersebut dijangka diumumkan dalam masa terdekat.

Pelantikan anggota Jemaah Menteri termasuk timbalan adalah prerogatif Perdana Menteri.

“Saya rasa perbincangan aktif sedang dilakukan dan berita baik akan diumumkan tidak lama lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis lapor diri di kementeriannya pada Selasa.

Pada Jumaat lalu, Anwar mengumumkan 28 menteri kabinet Kerajaan Perpaduan sekali gus mengotakan janji beliau untuk mengecilkan saiz Jemaah Menteri.

Anwar juga memegang jawatan Menteri Kewangan manakala dua Timbalan Menteri iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadilah Yusof diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Menteri Perdagangan dan Komoditi.

Dalam pada itu, Kor Ming turut menyokong potongan gaji menteri sebanyak 20 peratus seperti diumumkan oleh Anwar.

“Belum mula kerja, semalam sudah kena potong gaji 20 peratus tetapi saya rasa rela dan lega kerana ini adalah satu tanggungjawab amanah yang penting.

Artikel Berkaitan:

“Mungkin potongan gaji 20 peratus jumlah jimat tak seberapa tetapi ia adalah satu mesej yang kuat ingin dihantar oleh Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Beliau dalam masa sama turut menegaskan bahawa di pejabatnya tiada polisi cenderahati atau hadiah.

“Tak payah bagi apa-apa cenderahati kerana saya rasa mungkin jadi beban kepada pihak penganjur khususnya mana-mana majlis yang saya hadir tidak perlu apa-apa cenderahati.

“Ketiga, di mana saya rasa adalah penting pada tahap ini jabatan kerajaan kita perlu memperkasakan khidmat asas iaitu pengurusan sampah, rumput, longkang di seluruh 155 pihak berkuasa tempatan (PBT),” ujarnya.