Sila log masuk terlebih dahulu.

Segera hantar permohonan PPR - Kor Ming

A
A
A
BERITA MOJO 15 MEI 2023

Setiap negeri diharap segera menghantar permohonan bagi pembinaan projek perumahan rakyat (PPR) termasuk menawarkan tapak tanah yang strategik bagi membolehkan ia dilaksanakan segera, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, langkah itu bagi membolehkan penyusunan secara teratur pembinaan PPR dapat dibuat di setiap negeri yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Jelasnya, setakat ini Negeri Sembilan sudah mengemukakan empat tapak tanah bagi pembinaan PPR antaranya di Jelebu, Seremban dan Nilai manakala Johor di Larkin serta Kulai.

Artikel: http://bitly.ws/EyH8

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian