Skuad Jepun tinggalkan origami, ucapan terima kasih

Origami dan tulisanterim kasih ditinggalkand dalam bilik persalinan Jepun
Origami dan tulisanterim kasih ditinggalkand dalam bilik persalinan Jepun
A
A
A

PERJALANAN pasukan Jepun dalam saingan Piala Dunia Qatar 2022 berakhir di peringkat 16 terbaik selepas tewas kepada Croatia dalam penentuan penalti di Stadium Al Janoub, pada Isnin.

Jepun menunjukkan prestasi cukup membanggakan dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila mencipta kejutan menewaskan gergasi Eropah Sepanyol dan Jerman di peringkat kumpulan.

Selain aksi cemerlang dipamerkan, skuad Samurai Biru itu juga terkenal dengan sifat disiplin dan mengutamakan kebersihan terutama di bilik persalinan pasukan.

Walaupun masih berada dalam suasana kecewa gagal mara ke pusingan suku akhir, pemain Jepun tetap meninggalkan bilik persalinan di Stadium Al Janoub dalam keadaan bersih selain turut membuat origami sebagai hadiah kepada penganjur.

Ucapan terima kasih dalam bahasa Arab dan Jepun turut ditulis oleh pasukan tersebut di atas kertas dan ditinggalkan di bilik persalinan stadium itu.

Artikel Berkaitan: