Telefon pintar realme 10 Pro 5G dilancar Khamis ini

Ciri terbaharu ditampilkan dalam realme 10 Pro 5G direalisasikan melalui pelaburan bernilai AS$15 juta atau sekitar RM65.7 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Ciri terbaharu ditampilkan dalam realme 10 Pro 5G direalisasikan melalui pelaburan bernilai AS$15 juta atau sekitar RM65.7 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).
A
A
A

JENAMA telefon pintar terkenal, realme secara rasmi mengumumkan kehadiran produk baharunya realme 10 Pro 5G yang bakal diperkenalkan dan memasuki pasaran di Malaysia bermula Khamis ini.

Tambahan terkini kepada siri jenama itu, ia dilengkapi tiga elemen daripada teknologi inovatif terkini dunia yang diperkenalkan bagi segmen harga telefon pintar tersebut.

Bercirikan telefon mercu atau flagship, ia boleh diakses oleh orang ramai dan pengenalan paparan melengkung 120 Hz.

“Ciri terbaharu produk ini direalisasikan melalui pelaburan bernilai AS$15 juta atau sekitar RM65.7 juta dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Dengan pelaburan itu, teknologi paparan melengkung pertama realme kini tersedia kepada pengguna dan memperkasakan belia untuk menjadi lebih berani melalui teknologi dan reka bentuk masa depan,” menurut realme dalam kenyataan baru-baru ini.

Ciri lain turut dimiliki realme 10 Pro 5G adalah teknologi perlindungan mata ‘built-in’ termaju dengan pengelana paparan skrin jenis OLED pertama di Malaysia diiktiraf dengan Sijil Bebas Rheinland Flicker.

Berbanding dengan pemalapan PWM telefon pintar standard 480Hz yang turut digunakan dalam paparan telefon pintar mercu, peredupan PWM 2,160Hz menawarkan 4.5 kali lebih peningkatan dalam kecekapan pemalapan, dan 1.7 kali lebih tinggi daripada Piawaian Pencahayaan Antarabangsa (IEEE) iaitu 1,250Hz.

“Dengan pelancaran realme 10 Pro 5G, jenama penetapan arah aliran telah menjadi lebih baik dengan perlindungan mata untuk mereka bentuk skrin mesra mata yang mendapat permintaan di pasaran,” ujarnya kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, realme 10 Pro 5G memiilki ciri bezel bahagian bawah paling sempit bagi telefon pintar paparan melengkung untuk memastikan pengalaman penggunaan paling berkualiti dan premium buat penggunanya.

Artikel Berkaitan:

Realme 10 Pro 5G tampil dengan teknologi inovatif dunia yang diperkenalkan bagi segmen telefon pintar iaitu ciri telefon mercu yang boleh dikenali pada paparan melengkung 120 Hz.
Realme 10 Pro 5G tampil dengan teknologi inovatif dunia yang diperkenalkan bagi segmen telefon pintar iaitu ciri telefon mercu yang boleh dikenali pada paparan melengkung 120 Hz.

Bagi pengalaman tontonan skrin penuh, realme turut menggunakan teknologi pembungkusan tercanggih dalam industri iaitu COP Ultra untuk mengurangkan saiz dagu kepada 2.33 milimeter (mm) yang menakjubkan, malah lebih nipis daripada paparan melengkung telefon mercu.

Selain itu, produk telefon pintar terbaharu realme itu turut dilengkapi dengan teknologi peningkatan kualiti video terkemuka dalam industri, Mod Hypervision yang memastikan paparan skrin lebih hebat.

“Apabila ciri ini diaktifkan ketika menonton video, warna akan menjadi hidup dan kecerahan dan julat dinamik yang lebih tinggi ditawarkan dan menekankan kedalaman warna lebih unggul dengan bahagian cerah menjadi lebih terang dan yang gelap menjadi lebih gelap,” menurut realme.

Bersempena dengan pelancaran tersebut, realme Malaysia melaksanakan promosi prapesanan 5G realme 10 Pro dengan pelanggan dan pengguna peminat boleh berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM2,999.

Pelanggan boleh menikmati promosi berikut yang akan diadakan di kedai jenama rasmi dan penjual sah realme Malaysia dengan setiap prapesanan berpeluang mendapatkan satu realme Band 2 bernilai RM169, waranti lanjutan sehingga dua tahun bernilai RM59) dan satu kad Scratch & Win dengan sejumlah sembilan kategori produk untuk dimenangi bernilai sehingga RM2,999.

Untuk maklumat lanjut tentang telefon pintar canggih realme 10 Pro 5G dan pelancarannya yang akan datang di pasaran Malaysia, pengguna boleh melayari halaman Facebook rasmi realme Malaysia di https://www.facebook.com/realmeMalaysia/.