Kamera tercanggih dengan Ultra-lighting XMAGE pada P60 Pro

A
A
A

No Image Caption

Huawei akan kembali lagi dengan salah satu peranti flagship baru tahun ini iaitu Huawei P60 Pro. Pastinya setiap kali tampil dengan telefon pintar terbaharunya, Huawei tak akan mengecewakan para peminat mereka dengan menampilkan teknologi terkini untuk kepuasan pelanggan.

Huawei dan kamera tercanggih berpisah tiada. Bagi P60 Pro ini, ia menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi dengan teknologi XMAGE.

Huawei XMAGE telah membina sistem teknologi pengimejan mudah alih yang unik dari tiga dimensi: sistem optik, teknologi pengimejan, dan pemprosesan imej.

No Image Caption

Ia tidak menggunakan sensor bersaiz 1-inci atau 200MP, tetapi Huawei menggunakan langkah berbeza iaitu memperhalusi optikal kamera, mekanikal, pengimejan dan keupayaan memproses di dalam telefon pintar yang kompak.

Kamera belakang P60 Pro menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan keupayaan fungsi zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling terang di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.

Bagi kamera hadapan pula, P60 Pro memiliki skrin LTPO OLED 6.67-inci, berkadar penyegaran 120Hz dan resolusi 2700×1220 piksel. Ia dilapisi kaca Kunlun yang sangat tahan lasak, kaca yang sama digunakan di Mate 50 Pro.

No Image Caption

Lihatlah bagaimana kecanggihan teknologi XMAGE pada kamera P60 Pro dapat merakam gambar yang super cantik walaupun pada waktu malam. Seumpama foto itu dirakama melalui kamera seorang jurugambar profesional.

No Image Caption

Begitu juga dengan fungsi kejelasan yang cukup nyata apabila kita merakam objek sekecil semut dengan kamera hadapan P60 Pro. Penalaan cahaya yang cukup jelas dan terang sehingga menjadikan rakaman foto itu seperti ‘hidup’.

Kemasan Rococo cantik dan unik

Dari segi penampilan rekaan pula, Huawei sentiasa menawarkan reka bentuk yang anggun dan terkini. Begitu juga dengan Huawei P60 Pro ini yang bukan sahaja dilengkapi perkakas dalaman dan kamera yang hebat, ia juga dihiasi dengan kemasan yang sangat cantik dan unik.

No Image Caption

Peranti berteknologi tinggi ini ditawarkan dengan kemasan Rococo Pearl di belakang, dikatakan kemasan yang tidak akan serupa dengan pemilik yang lain. Selain itu, ia juga akan ditawarkan dalam warna hitam matte.

No Image Caption

Prestasi tak boleh dipertikaikan dan jangka hayat bateri panjang

Prestasi tinggi Huawei P60 Pro digerakkan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 4G, bersama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

No Image Caption

Tenaga pula disalur oleh bateri berkapasiti 4,815mAh dan menyokong pengecasan pantas SuperCharged 88W yang membolehkan pengguna meningkatkan bateri kepada 50% dalam masa 10 minit sahaja melalui USB-C, serta pengecasan wayarles 50W.

Telefon ini juga kalis air dan debu IP68 dan memiliki speaker stereo.

No Image Caption

Bukan itu sahaja aplikasi kegemaran para pelanggan juga kini tersedia di AppGallery. Anda kini boleh memuat turun semua aplikasi kegemaran anda di AppGallery dan menikmati pengalaman menakjubkan dengan P60 Pro.

Pendek kata, P60 Pro ialah telefon pintar berprestasi tinggi yang canggih memenuhi keperluan semua aspek.

Dengan kamera unggul, reka bentuk unik, storan yang mencukupi dan hayat bateri yang panjang, ia adalah telefon pintar paling sesuai untuk sesiapa sahaja yang mahukan teknologi terbaik.

Jadi, jika anda sedang mencari telefon pintar baharu, anda pasti perlu mempertimbangkan P60 Pro.

No Image Caption

Dapatkan HUAWEI P60 Pro sekarang dari Kedai Pengalaman Huawei terdekat, atau melalui laman web rasmi HUAWEI, kedai rasmi Huawei di Shopee dan Lazada.

Anda juga boleh dapatkan Huawei P60 Pro dari kedai rakan kongsi yang sah seperti Senheng dan senQ.