Kereta reput dijumpai dalam tasik

Gambar penemuan kereta itu tular di media sosial dipercayai kes kereta terjunam ke tasik.
Gambar penemuan kereta itu tular di media sosial dipercayai kes kereta terjunam ke tasik.
A
A
A

SERENDAH - Sebuah kereta lama dalam keadaan reput tanpa komponen termasuk enjin dijumpai di Tasik Serendah kira-kira jam 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, kewujudan kereta lama itu disedari orang awam yang memancing di tasik berkenaan apabila bahagian tayar kereta terlihat di permukaan air.

Menurutnya, pihak polis ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung penemuan kereta terbabit.

"Anggota bomba melakukan kerja menarik keluar kereta berkenaan dan pemeriksaan mendapati komponen kenderaan termasuk enjin telah hilang.

"Jenis kereta dan nombor indentiti kenderaan juga tidak dapat dikenal pasti kerana telah reput dan belum mengetahui pemilik kenderaan memandangkan tiada sebarang penemuan berkaitan dijumpai.

"Kereta berkenaan berjaya dikeluarkan dan diletakkan di balai polis berdekatan," katanya.

Artikel Berkaitan: