Disindir ambil gaji Menteri Kewangan, Anwar jelas fakta sebenar

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

Ujar beliau, dakwaan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan itu adalah tidak benar.

“Ada yang menyindir kononnya saya tak ambil gaji sebagai Perdana Menteri tapi akan ambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Salah. Faktanya, skim gaji ini satu saja.

“Maknanya saya tidak akan ambil gaji sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan sekali gus,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi pada Isnin.

Pada 24 November, Anwar dalam sidang medianya sebagai Perdana Menteri, mengulangi sekali lagi pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan berkenaan.

Menurutnya, keputusan tersebut merupakan langkah pertama untuk memulih keyakinan rakyat terhadap pimpinannya.

Pada Isnin, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan bahawa kesemua menteri kabinet bersetuju untuk melakukan potongan gaji sehingga 20 peratus.

Artikel Berkaitan:

Persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat khas kabinet yang berlangsung pada pagi Isnin.

Menurutnya, pemotongan gaji itu akan disemak semula selepas ekonomi kembali pulih.