300 ahli keluarga Pakir Mohammad, Cak Bee Bee berkumpul

Sebahagian keluarga Pakir Mohammad dan Cak Bee Bee yang hadir pada Majlis Silaturahim di Hotel Tamu, semalam.
Sebahagian keluarga Pakir Mohammad dan Cak Bee Bee yang hadir pada Majlis Silaturahim di Hotel Tamu, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih 300 orang daripada 40 keluarga keturunan Allahyarham Pakir Mohammad dan Allahyarhamah Cak Bee Bee berkumpul dalam Majlis Silaturahim Keluarga di sini, semalam.

Cak Bee Bee adalah daripada keturunan Malbari, Md Sharif dan pasangannya Khadijah Salleh digelar Puteri Acheh.

Pengerusi Penganjur, Datuk Azman Shah Omar Shah berkata, program itu julung kali diadakan bagi mengumpul sebahagian besar lima generasi daripada keturunan Cak Bee Bee.

Menurutnya, ia termasuk keturunan hasil perkahwinan dengan dua suami Cak Bee Bee dan hasil perkongsian hidup Pakir dengan empat isterinya.

"Allahyarhamah Cak Bee Bee berkahwin dengan Pakir selepas kematian suami pertamanya bernama Sultan Maidin. Allahyarham pula adalah isteri kedua kepada Pakir.

"Mereka dikurniakan empat anak dan hari ini kita dapat kumpulkan sebahagian kaum kerabat daripada keluarga ini," katanya pertemuan semalam turut dihadiri menantu Pakir Mohammad yang masih hidup iaitu Aishah Mohamad Ismail.

Azman berkata, hasrat mengumpulkan keluarga dimulakan pada 4 April tahun lalu sebelum beberapa pertemuan diadakan bersama wakil-wakil keluarga.

"Persetujuan dicapai dan dengan sumbangan dana daripada ahli keluarga pertemuan itu dianjur di sebuah hotel di ibu negara.

Artikel Berkaitan:

"Ahli keluarga kami ramai, kemungkinan kalau dikumpulkan lagi jumlahnya mungkin hampir 5,000 orang, kita masih cari lagi ahli keluarga yang belum pernah ditemui. Program ini tidak akan terhenti di sini satu program akan diadakan selepas Ramadan nanti," katanya.

#kualalumpur Meriah bila 300 ahli keluarga Pakir Mohammad, Cak Bee Bee berkumpul Laporan MOJO: NUR FARHANA ABDUL MANAN Artikel berkaitan:[https://www.sinarharian.com.my/article/23479/EDISI/Selangor-KL/300-ahli-keluarga-Pakir-Mohammad-Cak-Bee-Bee-berkumpul

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Sunday, April 14, 2019