Saifuddin Nasution tekad galas jawatan sebaik mungkin

Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution
A
A
A

KULIM - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertekad untuk berusaha sedaya upaya menggalas jawatan itu sebaik mungkin dalam usaha memastikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi lain di bawah kementeriannya berperanan lebih proaktif.

Saifuddin Nasution berkata, beliau akan memfokuskan usaha kepada penyelesaian isu yang dilihat dapat diselesaikan segera selain meningkatkan suasana tempat kerja yang lebih kondusif.

Saya menanam tekad bahawa sepanjang menjawat jawatan ini, saya akan cuba sedaya upaya.

"...dalam membantu pasukan polis khususnya dan lain-lain agensi di bawah payung Kementerian Dalam Negeri supaya perkara yang kita anggap boleh kita selesaikan atau usahakan penyelesaiannya segera itu dapat kita dulukan sebelum perkara lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.

Saifuddin Nasution berkata, beliau akan memulakan tugas dengan mengimbas kad perakam waktu sebagai Menteri Dalam Negeri di pejabatnya pada Selasa.

Terdahulu pada lawatan berkenaan, beliau menyerahkan dua bot kepada IPD Kulim dan menyampaikan 10 komputer masing-masing lima kepada IPD Bandar Baharu dan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Kulim.

Turut hadir, Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!