Seorang maut, lori jatuh gaung Lebuhraya Plus

Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi Isnin.- Foto ihsan JBPM Perak
Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi Isnin.- Foto ihsan JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi Isnin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) BPBNegeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

"Operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: