119 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS

Kampung Ampar Tenang di Sepang yang terjejas banjir selepas hujan lebat pada Selasa.
Kampung Ampar Tenang di Sepang yang terjejas banjir selepas hujan lebat pada Selasa.
A
A
A

SEPANG - Seramai 119 mangsa banjir terdiri daripada 28 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan kawasan Dengkil dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, dua PPS terbabit terdiri daripada Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

"Seramai 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil manakala 100 individu lagi daripada 25 keluarga di Dewan SJKC Dengkil," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pemantauan banjir kini dijalankan melibatkan Kampung Sri Tanjung dan Puspen Kota Warisan.

Pada Selasa lalu, hujan lebat pada sebelah petang melanda beberapa kawasan antaranya Taman Meru Jaya, Klang; Kampung Ahmad Razali, Dengkil dan Kota Warisan, Sepang hingga mengakibatkan banjir kilat.

Artikel Berkaitan: