Empat warga asing ditahan memandu tanpa lesen

Empat warga asing ditahan kerana tiada lesen memandu dalam operasi khas dijalankan BSPT IPD Kulai di sekitar Kulai pada Jumaat dan Sabtu.
Empat warga asing ditahan kerana tiada lesen memandu dalam operasi khas dijalankan BSPT IPD Kulai di sekitar Kulai pada Jumaat dan Sabtu.
A
A
A

KULAI - Polis menahan empat warganegara asing kerana memandu kenderaan tanpa memiliki lesen memandu yang sah dalam Ops Khas Saman Warganegara Asing di sekitar daerah ini pada Jumaat dan Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, operasi melibatkan lapan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai itu menahan semua suspek berkenaan yang berusia 22 hingga 33 tahun.

"Dalam operasi tersebut, pihak polis telah menahan dua kereta, sebuah lori dan sebuah motosikal. Kesemua suspek yang ditahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

"Pihak polis telah mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan serta tindakan sitaan di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau bekata, operasi itu fokus terhadap kenderaan yang sering digunakan warga asing terutama kenderaan perdagangan kerana dikesan memandu tanpa lesen selain boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Katanya, pemilik kenderaan asal kenderaan juga akan disaman kerana membenarkan warga asing menunggang dan memandu kenderaan milik mereka tanpa lesen.

Artikel Berkaitan: