Pengusaha bahulu Kelantan 'cuti' gara-gara telur

Nur Azianee (kanan) sudah lebih 10 kali menutup kedai bahulunya disebabkan telur.
Nur Azianee (kanan) sudah lebih 10 kali menutup kedai bahulunya disebabkan telur.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengusaha bahulu di negeri ini terpaksa 'bercuti' gara-gara bekalan telur yang tiada di pasaran.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa jajahan mendapati mereka bukan sahaja tidak dapat berniaga kerana sukar mendapatkan bekalan, tetapi mengeluh apabila terpaksa menanggung kos peningkatan harga telur.

Peniaga bahulu di Kampung Danan, Pasir Puteh, Sansuriana Mat Saad, 46, berkata, sejak krisis bahan mentah itu berlaku sudah beberapa kali dia tidak dapat berniaga.

"Malah saya terpaksa ke Jerteh, Terengganu demi mendapatkan telur.

"Pernah beberapa kali saya hanya mampu memperoleh sekitar 30 biji telur sahaja sedangkan untuk berniaga bahulu memerlukan sekitar 100 hingga 200 biji telur sehari," katanya.

Menurut Sansuriana, selain sukar mendapatkan stok, harga telur juga semakin naik iaitu sekitar RM16 sepapan bagi gred A.

Seorang lagi pengusaha bahulu di Pasir Hor, Kota Bharu, Nur Azianee Ibrahim, 35, pula berkata, lebih 10 kali dia menutup kedai disebabkan telur.

Disebabkan krisis telur Sansuriana hanya mampu membuat kuih akok sahaja, dan melupakan seketika bahulu.
Disebabkan krisis telur Sansuriana hanya mampu membuat kuih akok sahaja, dan melupakan seketika bahulu.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lebih menyedihkan lagi demi perniagaannya dia rela membeli sepapan telur gred A dengan harga RM17.50.

"Susah hendak berniaga sekarang, selain terpaksa berdepan dengan harga telur yang sentiasa naik, kami juga terpaksa menghabiskan masa menjelajah kedai-kedai mencari bekalan telur.

"Sebagai peniaga yang bergantung kepada telur, kami berharap sangat Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan isu ini dengan segera," katanya.

Di Pasir Mas, pengusaha Bahulu Crispy Warisan, Rohul Hafizah Ashaari, 38, berkata, menutup operasi sudah menjadi perkara biasa sejak krisis telur melanda tahun ini.

Rohul Hafizah masih mengekalkan jualan bahulu dengan harga lama walaupun harga telur tidak stabil.
Rohul Hafizah masih mengekalkan jualan bahulu dengan harga lama walaupun harga telur tidak stabil.

Menurut usahawan muda itu, kepalanya sentiasa pening disebabkan harga sepapan telur mencecah RM20 bagi gred A dan pembelian pula terhad.

Rohul berkata, peniaga telur meletakkan limit pembelian sehingga menyukarkan peniaga sepertinya.

"Walaupun harga telur tidak stabil, namun saya masih mengekalkan jualan dengan harga lama.

"Bagaimanapun saya tidak boleh meramalkan sama ada mampu mengekalkan jualan pada harga asal atau terpaksa menaikkannya jika isu ini berpanjangan," katanya.