Rafizi dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Rafizi - Foto Bernama
Rafizi - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), di bawah kabinet yang baharu dibentuk.

Rafizi akan menggantikan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berkhidmat dengan kementerian itu sejak Ogos 2021 di bawah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rafizi, 45, pernah menjadi Ahli Parlimen (MP) Pandan antara tahun 2013 dan 2018.

Beliau memenangi semula kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat berkata, barisan kabinet baharu akan menghadiri mesyuarat khas dijadual berlangsung pada Isnin ini (5 Disember).

Pengumuman barisan Kabinet dibuat di Putrajaya pada pukul 8.20 malam Jumaat dan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan dan platform media sosial.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali. - Bernama

Artikel Berkaitan: