9 lelaki termasuk remaja direman bantu siasatan kes rogol

Sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di Jalan PCB di sini pada Oktober lalu. - Gambar hiasan
Sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di Jalan PCB di sini pada Oktober lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai sembilan lelaki direman bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan gadis bawah umur dalam kejadian di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini pada Oktober lalu.

Kesemua suspek berusia 13 hingga 21 tahun itu direman antara lima hingga tujuh hari bermula Jumaat.

Bagi enam remaja di bawah umur direman lima hari sementara individu berusia 18 hingga 21 tahun direman tujuh hari bermula Jumaat sehingga Khamis depan.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Izdham Naim Che Ani untuk siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes berkenaan pada jam 6.38 petang, pada Khamis.

Menurut keterangan mangsa, sekitar jam 9 malam pada 25 Oktober lalu, dia telah keluar dari rumahnya di Wakaf Bharu (Tumpat) dan tinggal bersama teman lelakinya di Jalan PCB.

"Semasa tinggal bersama teman lelakinya mangsa telah melakukan hubungan seks bersama rakan suspek lain di kawasan tepi pantai, Jalan PCB," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Ujarnya, ibu mangsa membuat laporan polis berkait kehilangan anaknya pada 16 November lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tiada rekod lampau.