Hina Agong: Pekida Yan buat laporan polis

Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama ahli Pekida Yan memegang salinan laporan polis di hadapan IPD Yan, hari ini.
Abdul Aziz (dua dari kiri) bersama ahli Pekida Yan memegang salinan laporan polis di hadapan IPD Yan, hari ini.
A
A
A

YAN - Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Yan, menyifatkan perbuatan memuat naik gambar berbentuk penghinaan di Facebook 'Sabah - Sarawak Merdeka' terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai satu tindakan biadap.

Setiusaha Pekida Yan, Abdul Aziz Din berkata, pihaknya memandang serius terhadap perbuatan derhaka yang melampau serta bertujuan untuk mencetuskan huru-hara dalam negara dan menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera kepada pihak pelaku.

"Tindakan biadab itu juga boleh menimbulkan perasaan kurang senang dan tidak tenteram di antara kaum. Pekida Yan menyifatkan tindakan ini sebagai satu sikap yang ingin memberontak menentang Raja-Raja Melayu terutama Yang di-Pertuan Agong.

"Kami menentang keras perbuatan ini kerana ia satu penderhakaan," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini, hari ini.

Menurutnya, perbuatan itu juga bukan sahaja dilihat bertujuan untuk menghina dan memalukan institusi raja, malah penghinaan itu menunjukkan sikap sebahagian pihak tidak menghormati kaum masyarakat lain.

"Seharusnya sikap hormat menghormati perlu dipupuk bagi memastikan masyarakat di negara kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Artikel Berkaitan: