Keluarga mangsa ubat batuk saman kerajaan Indonesia

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

JAKARTA - Puluhan keluarga di Indonesia yang saudara mara mereka meninggal dunia atau cedera semasa meminum sirap ubat batuk bertindak menyaman kerajaan dan syarikat yang didakwa membekalkan produk tersebut.

Kes kecederaan buah pinggang akut di Indonesia dilaporkan meningkat pada Ogos lalu dengan rekod sekurang-kurangnya 199 kematian membabitkan kanak-kanak, yang mencetuskan siasatan menyeluruh terhadap ubat batuk itu.

Tuntutan saman tersebut menyasarkan kementerian kesihatan, Agensi Ubat-Ubatan dan Makanan (BPOM) serta tujuh syarikat yang terlibat dengan penjualan sirap mengandungi bahan kimia digunakan dalam produk industri anti-beku.

Wakil saudara mangsa, Awan Puryadi memberitahu AFP, mereka mengambil tindakan kerana pihak berkuasa gagal menghalang penjualan ubat merbahaya dan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada kanak-kanak.

"Tiada siapa mengaku bertangunggjawab. Keluarga mangsa sangat kecewa dengan keadaan semasa," kata Awan mengenai tuntutan saman yang difailkan pada 18 November lalu.

"Kami menuntut pembekal ubat-ubatan, farmasi dan BPOM serta kementerian kesihatan yang bertanggungjawab," tambahnya.

Difahamkan, keluarga magsa meminta pampasan sekitar 2 bilion rupiah (RM560,000) setiap individu yang meninggal dunia dan 1 bilion rupiah (RM280,000) kepada yang cedera. - AFP

Artikel Berkaitan: