Tiga kereta rosak dihempap pokok

Pokok tumbang dan menghempap tiga kereta selepas hujan lebat dan angin kencang di Simpang 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru pada Rabu.
Pokok tumbang dan menghempap tiga kereta selepas hujan lebat dan angin kencang di Simpang 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang di Simpang 4, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penguasa Bomba Kanan II Faisal Ismail berkata, kejadian berlaku pada jam 3.12 petang selepas pokok setinggi enam meter tumbang.

"Pokok tersebut tumbang dan menghempap tiga kereta selain menyebabkan laluan trafik terhalang dan mengalami kesesakan luar biasa.

"Seramai sembilan anggota dari BBP Skudai bersama jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dan sebuah jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) terdapat tiga kereta iaitu Nissan Almera, Perodua Axia dan Mazda dihempap pokok," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, semua mangsa yang berada dalam kereta keluar dengan sendiri sebelum PKO tiba di lokasi.

Katanya, PKO bertindak memotong pokok dengan menggunakan dua unit gergaji berantai sehingga selesai dan operasi tamat jam 5.40 petang.

Artikel Berkaitan: