Kerajaan Perpaduan Anwar masih didominasi ahli Parlimen Islam

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM – “Masih ada lagi yang memainkan sentimen kaum dan agama kononnya Kerajaan Perpaduan Malaysia, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) didominasi bukan Melayu dan Islam,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih didominasi oleh ahli Parlimen Melayu beragama Islam.

“Terdapat 74 orang ahli Parlimen Melayu beragama Islam dalam gabungan itu, ahli Parlimen Cina seramai 34 orang, India lapan orang dan lain-lain dua orang,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurutnya, jumlah itu diperoleh menerusi Parti Warisan dan GRS yang masing-masing mempunyai tiga ahli Parlimen beragama Islam.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menyaksikan keputusan PH memperoleh 82 kerusi, PN (73), BN (30), GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua), manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), masing-masing menang satu kerusi.

Artikel Berkaitan: