[VIDEO] Pemandu Myvi berlagak samseng diburu polis

Polis sedang mengesan pemandu Myvi yang berlagak ala samseng jalanan. - Foto PDRM.
Polis sedang mengesan pemandu Myvi yang berlagak ala samseng jalanan. - Foto PDRM.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan seorang pemandu Perodua Myvi yang berlagak ala samseng jalanan dengan memberhentikan kenderaan di tengah-tengah jalan di hadapan The One Academy, Jalan PJS8, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya telah mengesan satu klip video rakaman papan pemuka memaparkan kejadian berkenaan dimuat naik di media sosial.

Berdasarkan rakaman 'dashcam' berdurasi satu minit berkenaan, kejadian sebenar berlaku pada 29 November jam 5.05 petang.

"Hasil penelitian rakaman video berkenaan, insiden terbabit tidak melibatkan kemalangan serta kecederaan kepada pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik rakaman video papan pemuka terbabit supaya tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Petaling Jaya bagi membantu siasatan.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Sebarang maklumat berkaitan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 6017-737 8704," ujar beliau.

Artikel Berkaitan: