Penerima Nobel Peace Laureate terima Ijazah Kehormat Doktor UPM

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan ijazah kehormat pada Majlis Konvokesyen UPM ke- 46.
Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan ijazah kehormat pada Majlis Konvokesyen UPM ke- 46.
A
A
A

SHAH ALAM – Penerima Nobel Peace Laureate 2006, Prof Muhammad Yunus menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46, kelmarin.

Tuanku Canselor UPM, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan ijazah kehormat itu sempena Majlis Konvokesyen UPM ke- 46.

UPM dalam satu kenyataan memaklumkan, sumbangan Yunus dalam bidang ekonomi dan perniagaan sebelum ini telah diiktiraf oleh 10 negara seperti Tun Abdul Razak Award (1994) dari Malaysia, World Habitat Award (1997) dari the United Kingdom, Gandhi Peace Prize (2000) dari India, Petersberg Prize (2004) dari Amerika Syarikat dan yang terakhir Nobel Peace Prize (2006) dari Norway.

“Yunus merupakan pengasas pinjaman mikro kredit kepada golongan tidak berkemampuan untuk memulakan perniagaan jangka panjang setelah Bangladesh mengalami krisis kebuluran pada tahun 1974.

Dari situ, beliau mula mengembangkan mikro kredit yang merupakan pilihan terbaik untuk membasmi kemiskinan dengan menubuhkan Grameen Bank.

"Beliau juga merupakan seorang daripada hanya tujuh individu yang menerima Hadiah Nobel Peace, Pingat Kebebasan Presiden United States dan Pingat Emas Kongress United States," menurut kenyataan itu pada Rabu.

Penerima Nobel Peace Laureate 2006, Prof Muhammad Yunus menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan UPM pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46, kelmarin.
Penerima Nobel Peace Laureate 2006, Prof Muhammad Yunus menerima Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Perniagaan UPM pada Majlis Konvokesyen UPM ke-46, kelmarin.

Bagi pengiktirafan tersebut, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM akan melantik beliau sebagai Pemegang Kursi Menteri Besar Selangor (MBI) untuk tempoh tiga tahun bagi membentuk kepimpinan dalam mengupayakan penyelidikan dan pengajaran dalam bidang pengurusan, perniagaan dan ekonomi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM, Prof Dr Bany Ariffin Amin Noordin berkata, kerjasama bersama Yunus itu secara langsung membantu UPM terutama dalam aktiviti ‘social business’ serta program komuniti berdasarkan hasil kerja ‘Yunus Social Business’.

“Dengan adanya tokoh sebegini yang mempunyai pengalaman banyak, ia boleh dikongsikan bersama fakulti dan universiti untuk memperkukuhkan pengajaran dan jaringan industri,” ujarnya.

Kata beliau, dengan adanya jaringan bersama Tokoh Nobel Laureate, secara langsung ia akan meningkatkan imej serta pembelajaran UPM dalam memperluaskan jaringan ‘social business’ yang dapat dimanfaatkan di masa akan datang.