Ganjaran menarik Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke sehingga 4 Disember

A
A
A

Mathu menendang bola sempena cabaran robot penjaga gawang di pekarangan utama Lot 10, Bukit Bintang.
Mathu menendang bola sempena cabaran robot penjaga gawang di pekarangan utama Lot 10, Bukit Bintang.

KUALA LUMPUR - Jenama terkemuka, Coca-Cola dan McDonald’s menawarkan ganjaran menarik kepada orang ramai sempena penganjuran Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke di seluruh negara.

Pelbagai peraduan dan cabaran termasuk mencuba nasib menjaringkan gol yang dipertahankan oleh robot penjaga gawang di pekarangan utama Lot 10, Bukit Bintang, bermula 21 November hingga 4 Disember ini.

Pengurus Perniagaan Coca-Cola Malaysia dan Singapura, Mathu Sekar berkata, penganjuran pertama kali bersama McDonald’s itu bertujuan untuk memeriahkan lagi kerancakan Piala Dunia FIFA 2022.

“Kali ini, kita mengadakan peraduan dan cabaran di hadapan Lot 10, Bukit Bintang. Robot penjaga gawang ini jarangjarang sekali kami perkenalkan dan ia memang menyeronokkan.

“Selain itu, jangan lupa untuk kejar Trak Coke yang akan berada di restoran McDonald’s Pandu-Lalu terpilih hingga 11 Disember nanti,” katanya ketika ditemui sempena Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke di Lot 10, Bukit Bintang pada Khamis.

Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sempena Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke di Lot 10, Bukit Bintang.
Antara aktiviti menarik yang dianjurkan sempena Jelajah Fiesta Bola Sepak Coke di Lot 10, Bukit Bintang.

Artikel Berkaitan:

Mathu turut menyasarkan lebih 50,000 penyertaan sepanjang kempen itu sama ada untuk acara fizikal mahu pun virtual termasuk cabaran ‘Juggle for Glory’ Instagram Filter.

“Saya melihat sambutan yang diberikan oleh orang ramai cukup memberangsangkan dan saya percaya sasaran tersebut mampu dicapai sehingga tamat jelajah.

“Justeru, saya menggalakkan orang ramai supaya menyertai peraduan dan cabaran menyeronokkan ini dengan hanya pembelian set Value Meal McDonald’s,” katanya.

Orang ramai layak menyertai cabaran tersebut dengan menunjukkan bukti resit pembelian Coca-Cola daripada mana-mana cawangan McDonald’s sekali gus memenangi hadiah berupa unit PS5, jersi rasmi FIFA, jersi Coca-Cola, topi dan banyak lagi.

MATHU SEKAR
MATHU SEKAR

Antara cabaran lain ditawarkan seperti cabaran menanduk bola setinggi 2.56 meter, permainan PS5 atau berseronok dengan berlawan bola sepak meja Coke bersama rakan.

Reruai foto juga disediakan untuk mereka yang mahu merakam momen bersama prop menghiburkan dan berkongsi gambar mereka di media sosial dengan tanda pagar #myCokeFiestaTour dan tag @cocacolamy untuk mendapatkan minuman Coke Zero secara percuma.

Pada masa sama, kempen kitar semula turut dijalankan kepada orang ramai yang mengitar semula tiga tin atau botol plastik kosong. Satu tin air Coke diberikan sebagai tanda penghargaan. Untuk maklumat lanjut, layari http://cokefiestatour.com/.