Mayat remaja lemas ditemui selepas tiga hari

Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat sebelum di bawa ke Hospital Besut petang tadi.
Mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat sebelum di bawa ke Hospital Besut petang tadi.
A
A
A

BESUT - Mayat seorang remaja lelaki yang hilang tiga hari lalu selepas dipercayai dihanyutkan arus deras di Sungai Besut dekat Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Hulu Besut di sini, ditemui tengahari tadi.

Mayat Muhammad Syarif Mohd Zulkifli,13, dijumpai di tebing sungai pada jam 12.20 tengahari oleh pasukan penyelamat yang melancarkan gerakan mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa yang tinggal berdekatan tempat kejadian pergi memancing bersama adiknya, Muhammad Syafwan, 9, kira-kira 800 meter di bahagian bawah Empangan Jajar pada jam 11.30 pagi Ahad lepas.

Menurutnya, namun pada jam 1 petang air sungai tiba-tiba deras dan dalam disebabkan pintu air empangan tersebut dibuka.

"Mangsa tidak dapat selamatkan diri tetapi adik mangsa berjaya naik ke tebing," katanya

Mohd Zamri berkata, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilancarkan selepas menerima laporan pada hari kejadian .

Menurutnya, bagaimana operasi mencari pada hari pertama hingga ketiga membabitkan kawasan pencarian sehingga 11 kilometer dari tempat kejadian gagal menemui mangsa.

"Operasi pada hari keempat membawa kejayaan apabila pasukan Bomba dan Penyelamat telah menemui mangsa terdampar atas tebing sungai kira-kira 1 kilometer dari tempat dia mula-mula lemas,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi tersebut turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut , Rela dan penduduk kampung," katanya.

Mohd Zamri berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

"Susulan penemuan mangsa, operasi tersebut ditamatkan dan sangat mengingatkan ibu bapa memantau anak masing -masing supaya tidak bermain sungai atau kawasan air pada musim cuaca yang tidak menentu sekarang," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!