[VIDEO] Menteri perlu hormati pegawai perkhidmatan awam: PM

Anwar (tengah) hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra hari ini. Foto Bernama
Anwar (tengah) hadir pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Perdana Putra hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Bakal menteri yang akan dilantik menganggotai kabinet Kerajaan Perpaduan perlu menghormati setiap pegawai perkhidmatan awam terutamanya mereka yang berpengalaman dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kejayaan yang dicapai oleh seorang menteri adalah hasil daripada tonggak penjawat awam.

"Saya akan nasihatkan kepada rakan-rakan yang bakal dipilih agar menghormati proses itu," katanya dalam ucapan Majlis Perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, pada Selasa.

Mengimbau kembali sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai menteri di beberapa kementerian suatu ketika dahulu, Anwar berkongsi pengalamannya memperoleh manfaat daripada pegawai yang berpengalaman.

"Pertamanya, mendengar pandangan pegawai yang mempunyai pengalaman dan pengkhususan dalam bidang mereka.

"Kalau ada cadangan balas dan teguran ianya dibuat selepas saya menghadam apa yang berlaku berdasarkan pengalaman mereka," katanya.

Anwar sebelum ini dilaporkan akan mengumumkan senarai kabinet dalam beberapa hari lagi.

Beliau mengambil pendekatan tidak tergesa-gesa dalam memuktamadkan senarai Kabinet bagi mengelak lantikan tertentu atas tujuan memberi ‘ganjaran’ berlebihan.

Artikel Berkaitan: