Covid-19: 2,465 kes baharu, lima kematian

KKM merekodkan sebanyak 2,465 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
KKM merekodkan sebanyak 2,465 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import. Foto 123RF
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2,465 kes baharu Covid-19 pada Isnin dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 4,950,315.

Menurut portal KKMNOW, lima kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan dan dua daripadanya melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia bertambah kepada 36,657.

Terdapat 92 kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan 51 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan: