Ismail Sabri jawab dakwaan perbelanjaan negara tidak direkod

Ismail Sabri menafikan dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022.
Ismail Sabri menafikan dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari tahun 2020 hingga 2022 adalah tidak benar.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Saya tegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar,” katanya menerusi Facebook pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas dakwaan seorang pengguna Twitter kononnya perbelanjaan berjumlah RM620 bilion bermula tahun 2020 hingga 2022 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak direkod.

Menurutnya, nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion yang mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank).

"Perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan tersebut telah pun diluluskan Parlimen sebulat suara,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: