Jumlah mangsa banjir di Selangor terus berkurangan

Seorang wanita mengharungi air yang mulai surut di Kampung Johan Setia, Klang ketika tinjauan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada 17 November lalu. - Foto Bernama
Seorang wanita mengharungi air yang mulai surut di Kampung Johan Setia, Klang ketika tinjauan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Selangor pada 17 November lalu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 48 individu yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, Kuala Selangor, pada Isnin.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata, jumlah tersebut berkurangan berbanding 75 mangsa pada Ahad.

"Setakat ini jumlah mangsa banjir terlibat telah berkurangan, dua PPS telah ditutup menjadikan satu PPS sahaja yang dibuka setakat ini.

"Bagaimanapun, kami tetap dalam keadaan bersiap siaga dalam mendepani sebarang kemungkinan termasuk banjir," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 17 November lalu, jumlah mangsa banjir di Selangor merekodkan seramai 848 mangsa membabitkan 208 keluarga.

Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam daerah di negeri ini melibatkan Petaling, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

Daerah Petaling mencatatkan pemindahan tertinggi apabila merekodkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga dipindahkan di dua PPS.

Artikel Berkaitan: