Peniaga dari India kayuh basikal ajak penduduk keluar mengundi

Lal Mani Das berbasikal sekitar bandar Patna untuk mengajak penduduk keluar mengundi. - Foto AFP
Lal Mani Das berbasikal sekitar bandar Patna untuk mengajak penduduk keluar mengundi. - Foto AFP
A
A
A

BIHAR - INDIA. Seawal pagi lagi seorang peniaga makanan ringan dari bandar Patna keluar mengayuh basikalnya bagi mengajak penduduk sekitar keluar membuang undi.

Berasal dari negeri Bihar, Lal Mani Das berusia 45 tahun bukanlah seorang peraih undi bagi mana-mana parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum India yang sedang berlangsung ketika ini.

Niatnya hanya mahu melihat penduduk keluar mengundi dan memilih calon yang benar-benar layak untuk menang.

"Saya kesal melihat rakyat membazirkan undi mereka dengan mengundi calon yang salah atau lebih teruk tidak mengundi langsung," kata peniaga itu.

Mengelilingi bandar dengan basikalnya, Das bertemu masyarakat setempat dan menerangkan tentang kepentingan mengundi dan kesannya terhadap masa depan.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk misi ini dan digelar gila oleh sesetengah pihak, dia berasa puas dapat menunaikan tanggungjawab menyedarkan rakyat. - AFP

Artikel Berkaitan: