Henti sebar unsur kebencian: Fahmi

Fahmi
Fahmi
A
A
A

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak berhenti menyebarkan dakyah berbentuk kebencian antara kaum.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan, rakyat seharusnya menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak merapatkan saf demi masa depan negara.

"Hentikan sebar kebencian, kepalsuan. Jika benar DAP seperti apa yang dituduh, buat laporan polis. Biar pihak berkuasa ambil tindakan.

"Masa yang sama, ingatlah titah nasihat Yang di-Pertuan Agong agar kita semua rapatkan saf demi masa depan Malaysia tercinta. Jangan derhaka," ciapnya di laman Twitter pada Isnin.

Fahmi berkata demikian sebagai membalas hantaran portal berita menerusi ciapan di Twitter yang mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia dengan menampilkan ahli, calon dan pemimpin Melayu, namun ideologi yang bercanggah Islam.

Artikel Berkaitan: