[VIDEO] 'Sekarang masa untuk bekerja' - Tengku Hassanal

Tengku Hassanal bertitah mahu pemimpin berhenti berpolitik keran a pilihan raya sudah berakhir ketika menyampaikan titah selepas berakhirnya majlis istiadat mengangkat sumpah Wan Rosdy sebagai Menteri Besar di Istana Abu Bakar pada Isnin.
Tengku Hassanal bertitah mahu pemimpin berhenti berpolitik keran a pilihan raya sudah berakhir ketika menyampaikan titah selepas berakhirnya majlis istiadat mengangkat sumpah Wan Rosdy sebagai Menteri Besar di Istana Abu Bakar pada Isnin.
A
A
A

PEKAN - Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan pemimpin parti politik di negeri ini supaya berhenti berpolitik kerana Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah pun berakhir.

Baginda bertitah kerajaan Pahang kini sudah dibentuk melalui gabungan parti BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bersedia untuk bekerjasama.

"Kepada kerajaan baharu dibentuk ingat pesan saya, ketepikan ideologi dan sentimen politik. Letakkan agenda pembangunan negeri serta kebajikan rakyat sebagai keutamaan.

"Kini bukan lagi masa untuk berpolitik. Cukup-cukuplah pilihan raya sudah tamat. Kerajaan negeri telah dibentuk dan sekarang masa untuk bekerja," titah baginda.

Baginda bertitah sedemikian selepas berakhirnya majlis istiadat mengangkat sumpah Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di di Istana Abu Bakar pada Isnin.

Tengku Hassanal bertitah dalam mencapai negeri maju, rakyat tidak mahu melihat pemimpin terus berpolitik dan mencari salah antara satu sama lain

Sebaliknya, baginda bertitah, rakyat mahu wakil rakyat mewakili kerajaan agar dapat membawa perubahan dan maju ke hadapan.

Titah baginda, bagi wakil rakyat yang menjadi pembangkang, mereka perlu menjadi semak dan imbang dengan lebih profesional serta matang.

Artikel Berkaitan:

"Mana dasar yang kurang baik, tegur dan berilah idea untuk ditambah baik," titah Tengku Hassanal.

Baginda turut memberi peringatan agar wakil rakyat berkhidmat sebaiknya dengan membawa isu dan membantu menyelesaikan masalah setempat.

"Betulkan niat, jangan jadi wakil rakyat untuk mencipta kekayaan diri, untuk rasa dihormati sedangkan amanah yang diberikan langsung dikhianati.

"Saya mahu wakil rakyat yang rajin bekerja, turun kawasan dan kampung serta melihat apa yang perlu dijaga. Saya tidak mahu segala proses birokrasi bertimbun-timbun sehingga rakyat sukar menemui wakil rakyat mereka.

"Sekiranya terdapat isu yang gagal diselesaikan, boleh sembahkan kepada saya," titah baginda yang akan sentiasa turun padang membuat pemeriksaan mengejut di lapangan untuk bertemu rakyat.